Latar belakang: K-BESTARI

Sejarah

PenubuhanKomuniti BESTARI diistihar penubuhannya pada 12 Oktober 2004 oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka sempena Konvensyen Komuniti BESTARI Peringkat Kebangsaan yang pertama.

Penubuhan ini bagi menggantikan K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca). K3P pada mulanya diterajui oleh Jabatan Penyiaran Malaysia pada tahun 1987. Pada tahun 1991, K3P diserahkan kepada Kementerian Penerangan.

Pada 01 Julai 2000, K3P diserah kepada Jabatan Penerangan Malaysia.Komuniti BESTARI ditubuhkan bagi memberikan imej baru (re-branding) dan memperkasakan pentadbiran serta aktiviti selaras dengan perkembangan dan cabaran semasa.

Logo

Konsep Logo

Konsep logo ini menggambarkan komuniti yang penyayang, berpengetahuan dan bermaklumat di mana sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan menghasilkan bahan kerja-kerja tangan yang kreatif dan menarik.

Keterangan Logo

Huruf ’B” bermaksud BESTARI atau BIJAKSANA.
Bintang 14 melambangkan Komuniti BESTARI merangkum keseluruhan negeri.
Jalur-jalur merah di belakang membentuk susunan buku melambangkan komuniti gemar membaca dan bermaklumat.
Huruf ’B’ juga menghasilkan ’mata pena’ menggambarkan komuniti yang BIJAKSANA dan berpengetahuan ICT.
Huruf ’B’ juga membentuk huruf ’V’ yang membawa maksud ’cinta’ kerana setiap komuniti perlu ada perasaan menyayangi dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti.

Keterangan Warna

Logo komuniti BESTARI ini menggunakan 4 warna iaitu Biru, Kuning, Merah dan Putih.
BIRU - Kerjasama antara komuniti
KUNING - Keikhlasan
MERAH - Semangat jitu dan kental dalam menghasilkan kerja.
PUTIH - Sifat ingin tahu dan meningkatkan pengetahuan di dalam bidang ICT dan perkembangan semasa.

Konsep

Komuniti BESTARI adalah Program Gerakan Rakyat (Peoples Movement) yang dinamik, berwawasan berasaskan semangat kesukarelaan (voluntary) dan berdikari.

BESTARI membawa maksud :

B - BERMAKLUMAT
E - ERAT
S - SILATURAHIM
T - TELEVISYEN
A - AKHBAR
R - RADIO
I - ICT/INTERNET

Misi, Visi dan Slogan

Visi

Komuniti BESTARI peneraju maklumatan komuniti akar umbi

Misi

Membentuk masyarakat yang bermaklumat dan bijaksana sejajar dengan wawasan negara.

Slogan

”PENGGERAK PEMBANGUNAN MINDA"

Objektif

Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari bagi mengukuhkan jati diri yang menjadikan asas kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara.

Meningkatkan ilmu pengetahuan komuniti supaya dapat menggunakan maklumat secara bijaksana untuk menangkis tohmahan, dakyah dan fitnah oleh pijak yang tidak bertanggungjawab dengan melibatkan seluruh komuniti menyokong dasar dan menyertai program yang dijalankan oleh kerajaan.

Menjadikan ejen perubahan dalam komuniti bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat secara dua hala dalam pembangunan komuniti.

Dasar Pertubuhan

Penubuhan Komuniti BESTARI adalah berdasarkan konsep ”Satu Mukim Satu Komuniti BESTARI”. Walaubagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan mengikut kaedah seperti berikut :
a. Satu Kadun dua Komuniti BESTARI ( Sabah dan Sarawak) b. Satu Parlimen tiga Komuniti BESTARI ( WP Kuala Lumpur) c. Komuniti BESTARI mengikut zon (WP Labuan)

Thursday, December 4, 2008

Pertandingan Memasak 2008 Anjuran Komuniti Bestari Rejang Park

Salah sejenis masakan dari peserta pertandingan memasak
Ucapan Perasmian dari YB Datuk Robert Lau
Para hakim memberi markah untuk hasil masakan dari semua peserta
Gambar AJK bersama tetamu kehormat




Wednesday, December 3, 2008

Malam Penghargaan Warga Emas Anjuran Komuniti Bestari Rejang Park 2008

Persembahan Kung Fu dari AJK Komuniti Bestari Rejang Park
Penyampaian Ang Pau dari Tetamu Kehormat kepada warga Emas

Upacara memotong kek Malam Penghargaan Warga Emas

Ucapan dari tetamu kehormat YB Encik Vincent Goh Chung Siong

Jamuan Malam Penghargaan Warga Emas 2008 anjuran K.Bestari Rejang Park
Persembahan nyanyian penghargaan warga emas dari AJK Komuniti Bestari Rejang Park